HP Hadir Dengan PC Yang Direka Seumpama Sebuah Speaker

HP Hadir Dengan PC Yang Direka Seumpama Sebuah Speaker

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

HP sejak daripada awal tahun ini telah hadir dengan beberapa penawaran yang direka dengan baik. Terkini, bersempena dengan IFA 2016, pihak HP turut memperkenalkan sebuah lagi penawaran terbaru mereka yang dinamakan sebagai HP Pavilion Wave.

HP Pavilion Wave

HP Pavilion Wave merupakan sebuah komputer desktop – tetapi berbeza dengan rekaan komputer biasa, ia hadir dengan rekaan yang lebih cantik seumpama sebuah speaker.

HP menjayakan rekaan seumpama ini dengan menggunakan bahan fabrik untuk bahagian luar, sekaligus menjadikannya sebagai sebuah speaker.

HP Pavilion Wave

Melengkapkan komputer dekstop ini adalah cip pemprosesan Intel Core generasi ke-enam dari i3 ke i5, memori antara 8GB hingga 16GB RAM, menggunakan kad grafik dengan pilihan AMD R9 M470 GPU, serta ruangan storan dalam pilihan 1TB HDD atau 128GB SSD. Desktop ini turut hadir dengan sistem operasi Windows 10, port HDMI, USB-C dan juga ruangan kad SD.

HP bakal menjualnya pada harga $529 (RM2163), namun masih tidak diketahui lagi bilakah akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN