HTC Memperkenalkan HTC One A9s Dengan Spesifikasi Rendah-Pertengahan
HTC

HTC Memperkenalkan HTC One A9s Dengan Spesifikasi Rendah-Pertengahan

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

HTC telah diperkatakan bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka bersempena dengan IFA 2016, dan seperti dinantikan, hari ini mereka telah memperkenalkan kemaskini untuk One A9 sebelum ini, iaitu HTC One A9s.

HTC One A9s

HTC One A9S membawakan spesifikasi pertengahan, dimana peranti bersaiz 5-inci ini membawakan hanya paparan resolusi 720p sahaja, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Helio P10. Melengkapkan peranti ini adalah memori dalam pilihan 2 atau 3GB RAM, bateri berkapasiti 2300mAh, dan kamera belakang 13-megapixel. Dari segi binaan pula, HTC mengekalkan rekaan premium, dan menggunakan rekaan kerangka berasaskan logam.

Dengan penawaran spesifikasi yang boleh dikatakan pada kategori pertengahan-rendah ini, boleh dikatakan ia mungkin lebih murah berbanding dengan HTC One A9 sebelum ini. Buat masa ini, HTC masih tidak memberikan bilakah ia akan ditawarkan untuk pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN