Cari @ Amanz

Selain daripada sebuah desktop dengan rekaan seumpama sebuah speaker, pihak HP juga turut telah memperkenalkan sebuah lagi komputer bersaiz kompak dengan ciri-ciri modular – seumpama apa yang dibawakan oleh Acer melalui Revo Build mereka.

HP Elite Slice

Dinamakan sebagai HP Elite Slice, modul asas untuknya hadir dengan cip Intel Core i7 generasi ke-enam, sokongan pengimbas cap jari, butang akses pantas, dan juga integrasi WLAN.

Pengguna boleh memperluaskan penggunaan HP Elite Slice ini dengan membeli modul tambahan, dan menghubungkan ia pada HP Elite Slice ini. Semuanya disambungkan melalui HP Slice Connector, dan beberapa penawaran modul disediakan, termasuk pembaca cakera DVD, modul audio Bang & Olufsen, serta beberapa yang lain.

HP Elite Slice

HP Elite Slice

HP Elite Slice ini dilihat lebih ditujukan kepada pengguna perniagaan, dan harga jualannya kelak dijangka agak mahal berbanding penawaran biasa untuk pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd