TP-LINK Melancarkan Siri Neffos X1 Dengan Pilihan Memori 4GB RAM Dan Pengimbas Cap Jari

TP-LINK Melancarkan Siri Neffos X1 Dengan Pilihan Memori 4GB RAM Dan Pengimbas Cap Jari

Diterbitkan pada Sep 1, 2016 oleh .

TP-LINK sebelum ini telah memperkenalkan Neffos C5 iaitu siri produk telefon pintar yang disasarkan untuk pasaran mampu milik. Hari ini, TP-LINK telah mengambil pentas di Berlin dengan perkenalan siri Neffos X1 yang membawakan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Siri Neffos X1 dilihat hadir dengan rekaan yang menawan melalui kehadiran kaca 2.5D pada bahagian skrin bersama bezel sisi hanya 0.6mm. Ia juga menawarkan rekabentuk nipis yang mana hadir dengan kenipisan 7.75mm untuk model X1 dan 7.95mm untuk model X1 Max.

Neffos X1 - IMG_1138

Neffos X1 - IMG_1139

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, pilihan memori setinggi 3GB RAM, dan pilihan storan dalaman setinggi 32GB bersama sokongan microSD. Untuk keupayaan kamera, ia menawarkan sensor 13MP f/2.0 Sony IMX258 bersama keupayaan kamera hadapan 5MP.

Neffos X1 - IMG_1117

Neffos X1 turut didatangkan dengan pengimbas cap jari yang mana mampu menyahkunci peranti dalam masa hanya 0.2 saat. Ia juga didatangkan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama bateri dalaman sebesar 2250 mAh.

Neffos X1 - IMG_1157

Bagi model X1 Max pula, ia menawarkan spesifikasi serupa seperti X1 melainkan hadir dengan skrin yang sedikit besar iaitu 5.5-inci pada resolusi 1080p. Model ini juga menawarkan pilihan memori setinggi 4GB RAM yang mana dididatangkan dengan pilihan storan dalaman setinggi 64GB.

X1 Max turut dilihat membawakan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3000 mAh bersama fungsi pengecasan pantas terbina yang membolehkan peranti dicas sekitar 50% dalam masa 30 minit.

Neffos X1 - IMG_1148

Neffos X1 - IMG_1163

Siri Neffos X1 ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold yang mana boleh didapati pada suku keempat tahun ini. Ia bakal dijual bermula €199 (~RM912) untuk model X1 manakala €249 (~RM1140) untuk model X1 Max.


TIPS & ULASAN