Cari @ Amanz

Kerajaan telah mengumumkan perancangan untuk memudahkan proses pembaharuan pasport melalui atas-talian sebelum ini, dan bermula hari ini, perkhidmatan berkenaan sudah boleh diakses semua. Kini, anda yang ingin perbaharui pasport, boleh lakukannya melalui atas-talian dan tidak lagi perlu ke cawangan Jabatan Imigresen seperti sebelum ini.

Passport Malaysia

Melalui laman MyOnline Passport, anda kini boleh membuat permohonan untuk perbaharui pasport – dimana perlu mengisi maklumat yang diperlukan, memuat-naik gambar dan membuat pembayaran. Selesai melakukan permohonan, sistem akan memberikan tarikh dan masa untuk mendapatkan pasport baru, dan pengguna hanya perlu menghadirkan diri dan mengambilnya sahaja.

Buat masa ini, perkhidmatan berkenaan masih mempunyai masalah teknikal dengan pembayaran melalui bank tempatan, dan hanya menerima kad kredit sahaja. Namun, ia akan dibaik-pulih sepantas mungkin.

Bagi anda yang ingin perbaharui pasport anda, mungkin boleh ke laman MyOnline Passport, dan membuat permohonan hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd