Carian
GoPro Akan Memperlihatkan Dron Mereka, Karma Pada 19 September Ini
September 2, 2016 Aman

GoPro telah mengatakan pada tahun lepas yang mana mereka bakal hadir dengan dron tersendiri pada tahun ini. Selepas beberapa teaser sebelum ini, kini GoPro melalui Twitter berkongsi mengatakan ia akan diperlihatkan pada 19 September kelak.

GoPro-Karma

GoPro, seperti ramai sedia maklum merupakan pembangun dan pengeluar kamera aksi terkemuka, dan sering digunakan pada kebanyakkan dron di pasaran pada hari ini. Dengan pihak GoPro yang hadir dengan dron tersendiri, tidak mustahil produk ini akan diminati dan menjadi pilihan utama lebih ramai jurugambar yang merakamkan gambar menggunakan dron.

Disamping pengenalan Karma, tidak mustahil juga untuk kita melihat GoPro untuk memperkenalkan kamera aksi terbaru mereka, Hero5 yang telah tertiris beberapa kali ke arena internet sejak beberapa minggu lepas ini.

Komen