Galaxy Note 7 Mungkin Perlu Dipulangkan Semula Kerana Insiden Bateri Meletup

Galaxy Note 7 Mungkin Perlu Dipulangkan Semula Kerana Insiden Bateri Meletup

Diterbitkan pada Sep 2, 2016 oleh .

Samsung Galaxy Note  7 mula dilancarkan di beberapa pasaran dunia sejak beberapa minggu yang lalu. Sejak itu juga beberapa insiden peranti meletup ketika dicas mula didengari. Masalah bateri meletup ini biasanya berlaku ke atas peranti lama dan penggunaan pengecas yang tidak bersesuaian. Oleh itu apabila Note 7 yang baru dilanda masalah yang sama, ia mula dipandang serius kerana berkemungkinan besar diakibatkan oleh kualiti bateri yang diragui.

Yonhap News Agency melaporkan Samsung kini mempertimbangkan untuk meminta pelanggan Note 7 memulangkan semula peranti kepada mereka atas faktor keselamatan. Terdapat anggaran 0.1% Note 7 terjejas dengan masalah bateri yang mengakibatkannya meletup ketika di cas. Pemulangan semula secara total dilakukan kerana boleh menjadi liabiliti kepada Samsung. Di dalam laporan yang sama mereka turut mengatakan pelancaran di United Kingdom ditangguhkan kini kerana masalah yang sama. Sekiranya  pemulangan peranti perlu dilakukan, ia pasti akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap imej Samsung dan Note 7.

Buat masa ini, pihak Samsung masih lagi belum berkongsi berkenaan pelancaran rasmi peranti berkenaan di Malaysia – dan ia telah dilaporkan yang mana Samsung menangguhkan dan mengambil masa yang lebih lama dalam memastikan kualiti yang baik untuk peranti keluaran mereka.


TIPS & ULASAN