Logitech Hadir Dengan Siri Aksesori Ditujukan Untuk Peminat Permainan Video – Logitech Prodigy

Logitech Hadir Dengan Siri Aksesori Ditujukan Untuk Peminat Permainan Video – Logitech Prodigy

Diterbitkan pada Sep 2, 2016 oleh .

Logitech merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena penawaran aksesori komputer. Sebelum ini, mereka telah mengumumkan penjenamaan semula nama syarikat mereka, dan hari ini mereka mengumumkan keluarga siri aksesori baru yang dinamakan sebagai Prodigy.

Melalui siri baru ini, ia lebih ditujukan kepada peminat permainan atau gamer, dan ia menawarkan rekaan yang moden dan selari untuk mereka. Beberapa aksesori baru diumumkan bersama-sama pengenalan jenama baru ini, termasuk dua tetikus, papan kekunci dan juga set kepala.

Logitech Prodigy

Dua tetikus yang diperkenalkan adalah G403 Prodigy Gaming Mouse dan juga G403 Prodigy Wireless Gaming Mouse yang menawarkan rekaan yang ergonomik dan ringan – sesuai untuk anda menggunakannya untuk mengawal bagi tempoh masa yang lama. Logitech turut mengatakan tetikus ini hadir dengan sensor PMW3366 yang menawarkan kejituan dalam mengawalnya, selain masa respon yang sangat pantas.

Papan kekunci Logitech G213 Prodigy pula hadir dengan membawakan rekaan yang sama bergaya, disamping turut menyertakan sokongan kalis percikkan air. Ia turut mengintegrasikan perehat tapak-tangan, dan menawarkan kebolehan mengubah lampu RGB mengikut permainan.

Dan akhir sekali, Logitech G231 Prodigy Gaming Headset adalah set kepala untuk memudahkan pengguna menikmati audio sama ada pada PC atau konsol, dan turut hadir dengan integrasi mikrofon untuk memudahkan anda berkomunikasi ketika menggunakan Twitch dan sebagainya.

Kesemua produk ini akan dipasarkan bermula bulan September ini dan diperkenalkan mengikut negara-negara tertentu secara berperingkat.


TIPS & ULASAN