Google Mungkin Mengumumkan Telefon Pixel Dan Chromecast 4K Pada 4 Oktober

Google Mungkin Mengumumkan Telefon Pixel Dan Chromecast 4K Pada 4 Oktober

Diterbitkan pada Sep 2, 2016 oleh .

Ramai peminat peranti Android sedia menantikan pelancaran telefon pintar terbaru daripada Google, yang dulunya dikenali dengan nama Nexus. Laporan baru mengatakan siri keluarga berkenaan akan dikenali dengan Pixel, dan kini ia dijangka dilancarkan pada 4 Oktober 2016 kelak.

Google dijangka memperkenalkan dua telefon pintar dibawah siri Pixel ini, iaitu Pixel dan juga Pixel XL. Kedua-duanya dijangka dibangunkan oleh pihak HTC dan hadir dengan antaramuka khusus Google.

Disamping daripada itu, pada acara sama, Google turut dijangka memperkenalkan Chromecast dengan sokongan 4K – yang mana mungkin dipanggil sebagai Chromecast Plus ataupun Chromecast Ultra. Bagi anda yang tidak mengenali akan Chromecast, ia merupakan peranti yang dipasang ke televisyen, dan seterusnya membolehkan anda mengawal kandungan melalui telefon pintar, tablet, mahupun pelayar web Chrome.

Dan satu lagi produk yang turut dijangka diperkenalkan oleh Google pada masa sama adalah set realiti-maya menggunakan platform Daydream mereka – yang mungkin dikenali sebagai Daydream View.

Pihak Google masih belum menghantar jemputan media untuk acara berkenaan buat masa ini, tetapi ia telah menjadi kebiasaan akhir-akhir ini dimana tarikh untuk pelancaran sesuatu produk tertiris terlebih dahulu sebelum pengumuman dan jemputan rasmi.


TIPS & ULASAN