Rasmi : Samsung Umum Penarikkan Kembali Galaxy Note 7 – Menangguhkan Jualan

Rasmi : Samsung Umum Penarikkan Kembali Galaxy Note 7 – Menangguhkan Jualan

Diterbitkan pada Sep 2, 2016 oleh .

Samsung Malaysia telah mengeluarkan komen rasmi, mengatakan mereka akan menggantikan semua Galaxy Note 7 untuk pelanggan tempatan. Ia akan dilakukan pada minggu-minggu akan datang, dan pengguna yang telah membelinya boleh menghubungi Samsung Malaysia melalui talian 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses ini.

Samsung hari ini secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan rasmi, sekaligus mengesahkan beberapa laporan sebelum ini – dimana mereka telah pun mengumumkan penarikkan semula telefon pintar terbaru mereka, Galaxy Note 7 dari pasaran. Selain daripada itu, mereka juga akan menangguhkan jualannya untuk seketika.

Penarikkan semula ini diumumkan oleh Samsung lanjutan daripada beberapa kes letupan bateri yang berlaku di luar negara. Ia dikatakan peratusan yang terlibat adalah sangat sedikit, dan hanya sekitar 35 kes telah dilaporkan buat masa ini. Tetapi, ia adalah lebih baik untuk mengambil langkah keselamatan daripada menyesal pada kemudian masa.

Samsung Galaxy Note 7

Dengan pengumuman ini, Samsung akan menghentikan jualan untuk seketika pada peringkat global, dan akan mula menggantikan semua peranti satu-ke-satu. Di Malaysia, jumlah yang terkesan mungkin sangat sedikit, memandangkan Samsung masih belum memulakan jualan rasmi, dan sekadar menawarkan peranti untuk mereka yang telah membuat pra-tempahan sahaja buat masa ini.

Langkah Samsung ini boleh dikatakan suatu yang baik dalam mengutamakan keselamatan pengguna. Walaupun kes yang dilaporkan masih sedikit buat masa ini, langkah pantas Samsung ini boleh dikatakan sesuatu yang perlu dipuji – apatah lagi sebelum ia dipasarkan di kebanyakkan negara. Tetapi, ia mungkin memberikan impak yang sangat besar kepada jualan mereka, apatah lagi ketika ambang pengumuman iPhone baru daripada Apple. Peranti Galaxy Note 7 sendiri merupakan salah satu peranti yang telah menerima pujian ramai disebabkan oleh penawaran fungsi, pengimbas mata, sokongan kalis air dan juga S-Pen padanya.

Samsung Malaysia telah mengeluarkan komen rasmi, mengatakan mereka akan menggantikan semua Galaxy Note 7 untuk pelanggan tempatan. Ia akan dilakukan pada minggu-minggu akan datang, dan pengguna yang telah membelinya boleh menghubungi Samsung Malaysia melalui talian 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses ini.

Bagi anda yang menantikan peranti ini, mungkin perlu menantikan untuk tambahan beberapa minggu lagi sebelum ia mula dijual di Malaysia secara rasminya.

Samsung Galaxy Note 7


TIPS & ULASAN