Projek OpenOffice Sudah Lama Tidak Dikemaskini – Mungkinkah Ditamatkan?

Projek OpenOffice Sudah Lama Tidak Dikemaskini – Mungkinkah Ditamatkan?

Diterbitkan pada Sep 3, 2016 oleh .

OpenOffice merupakan salah satu perisian pejabat alternatif kepada Microsoft Office yang sangat popular suatu ketika dahulu. Namun, selepas Sun diambil-alih oleh Oracle, ramai pembangunnya telah beralih dan memulakan projek baru yang dinamakan sebagai LibreOffice.

OpenOffice 4.0

Sejak daripada itu, berita mengenai kemaskini OpenOffice boleh dikatakan agak jarang kedengaran jikalau dibandingkan dengan LibreOffice. Versi terakhir kemaskini OpenOffice adalah 4.1.2 yang telah diperkenalkan pada Oktober 2015 lepas – dan tiada versi baru sejak daripadanya.

Perkara ini membuatkan beberapa format baru tidak begitu dioptimasikan, selain pelbagai pepijat yang masih belum diatasi. Ini berlaku disebabkan oleh sejumlah pembangun beralih dan menyumbang kod di LibreOffice berbanding dengan OpenOffice.

Kini, melalui perbincangan mengenainya, salah seorang pembangunnya melihat kepada beberapa alternatif – dan salah satunya adalah menamatkan projek OpenOffice ini.

Walaubagaimanapun, ia hanya sekadar perbincangan awal sahaja, dan kebanyakkan pembangun projek OpenOffice masih ingin meneruskannya, dan salah satunya adalah disebabkan oleh penjenamaan OpenOffice tersebut sendiri yang popular dikalangan ramai sebagai salah satu alternatif untuk Microsoft Office.


TIPS & ULASAN