Cari @ Amanz

Alcatel hari ini pada IFA 2016 telah memperkenalkan siri keluarga peranti baru untuk peranti berhubung dan peranti boleh-pakai yang dinamakan sebagai MOVE. Melaluinya, Alcatel memfokuskan kepada pengguna yang aktif dan meliputi pelbagai usia dan gaya hidup.

Dibawah keluarga MOVE ini, sebanyak empat produk telah diperkenalkan, iaitu MOVEBAND, MOVETIME WiFi Watch, MOVETRACK dan juga MOVE Track & Talk.

Alcatel Move

Alcatel MOVEBAND merupakan gelang tangan pertama daripada Alcatel yang sentiasa aktif dan merakamkan rekod untuk pelbagai aktiviti harian anda, termasuk langkah perjalanan, kelajuan berjalan, kalori dibakar dan sebagainya. Alcatel mengatakan mereka hanya menjual MOVEBAND bersama-sama pakej telefon pintar Alcatel sahaja.

Alcatel MOVETIME WiFi Watch pula merupakan sebuah jam tangan yang turut membolehkan pengguna menerima notifikasi daripada telefon pintar, membuka emel, SMS – dan turut membolehkan anda menerima panggilan menggunakannya. Disamping itu, ia juga turut boleh digunakan untuk memantau aktiviti harian pengguna.

Alcatel MOVETRACK pula merupakan sebuah peranti yang hadir dengan integrasi GPS bagi memudahkan pengguna memantau sesuatu perkara. Ia boleh digunakan untuk dipasangkan pada beg, haiwan peliharaan dan sebagainya, sekaligus memantau dimanakah lokasi semasanya.

Alcatel Move

Dan akhir sekali, Alcatel MOVE Track&Talk pula adalah sebuah jam tangan yang ditujukan untuk kanak-kanak, dan membolehkan pengguna untuk memantau kedudukan dan berkomunikasi dengan anak mereka dengan mudah.

Alcatel akan mula memasarkan produk dibawah jenama MOVE ini bermula penghujung September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd