Razer Blade Dikemaskini Dengan Keupayaan Grafik Terkini

Razer Blade Dikemaskini Dengan Keupayaan Grafik Terkini

Diterbitkan pada Sep 3, 2016 oleh .

Dengan pelbagai pengeluar komputer riba yang mengemaskini penawaran mereka, pihak Razer nampaknya tidak ketinggalan dan hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk penawaran komputer riba mereka. Salah satu yang menerima kemaskini adalah Razer Blade – komputer riba memfokuskan multimedia dengan rekaan elegan dan nipis.

Melalui kemaskini untuk keluarga komputer riba Razer Blade ini, pihak Razer menyertakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 – sekaligus menawarkan sokongan grafik tiga kali ganda lebih pantas berbanding generasi sebelumnya, selain peningkatan pada prestasi.

Razer Blade 14

Dari segi spesifikasi, Razer Blade ini hadir dengan skrin 14-inci dengan pilihan paparan QHD+ atau HD penuh, cip pemprosesan Intel Core i7-6700HQ, memori sehingga 16GB RAM, ruangan storan sehingga 1TB SSD, dan sokongan USB-C.

Penggunaan pelbagai spesifikasi terkini ini juga membuatkan komputer riba ini berupaya untuk menjalankan kandungan realiti-maya dengan lancar.

Razer Blade ini akan dipasarkan pada peringkat global bermula bulan November ini. Di Amerika Syarikat, model ini dijual pada harga $1799 (~RM7356).

Razer Blade 14


TIPS & ULASAN