Cari @ Amanz

Alcatel telah memperkenalkan beberapa produk baru pada IFA 2016 yang diadakan bermula beberapa hari lepas, dan salah satu produk yang diperlihatkan mereka selain daripada set realiti-maya adalah kamera 360-darjah mereka.

Kamera 360-darjah daripada Alcatel ini berfungsi dengan kaedah berbeza dengan beberapa kamera lain seumpamanya di pasaran. Ia tidak menyertakan bateri terbina, sebaliknya memerlukan pengguna menghubungkan ia kepada peranti mudah-alih melalui kabel mikro-USB.

Alcatel 360 Camera

Perkara ini mungkin sedikit menyukarkan proses rakaman gambar atau video menggunakannya, memandangkan perlu memegang ia bersama-sama peranti mudah-alih. Disamping itu, ia juga mungkin membuatkan rakaman gambar atau video 360-darjah tidak begitu cantik memadangkan akan menyertakan pemegang atau tukang pegang dalam hasil yang dirakamkan.

Namun, kita mungkin tidak boleh membuat kesimpulan akhir untuk kamera ini tanpa mencubanya.

Alcatel merancang untuk memasarkan peranti ini bersama-sama telefon pintar mereka kelak. Harga jualannya juga masih tidak diumumkan lagi oleh pihak Alcatel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd