Dengan kehadiran pelbagai pengeluar peranti mudah-alih di IFA 2016, semestinya pihak Qualcomm tidak ingin ketinggalan sama. Mengambil fokus terhadap populariti peranti realiti-maya, pihak Qualcomm telah memperlihatkan rekaan konsep untuk set realiti-maya mereka yang dijana menggunakan cip Snapdragon 820.
Set realiti-maya ini dipanggil Qualcomm sebagai Snapdragon V820 dan hadir dengan skrin terbina. Ia dilengkapi dua skrin AMOLED pada resolusi 1440×1400 pixel, dan menawarkan kadar segar semula pada 70Hz. Seperti kebanyakkan peranti realiti-maya lain, ia juga turut dilengkapi sejumlah sensor dalam mengenal-pasti pergerakkan pengguna dan memaparkan kandungan yang selari dengannya.
Pihak Qualcomm lebih kepada memperlihatkan kebolehan set realiti-maya berasaskan platform mereka, dan membuka ruangan kepada para pengeluar peranti dalam menggunakan cip Snapdragon dalam menjana peranti realiti-mayaa berasaskan kepadanya.