Facebook Akan Mula Menghalang Paparan Iklan Ke Web Yang Mengambil Masa Lama Untuk Dimuatkan

Facebook Akan Mula Menghalang Paparan Iklan Ke Web Yang Mengambil Masa Lama Untuk Dimuatkan

Diterbitkan pada Sep 4, 2016 oleh .

Facebook boleh dikatakan agak memfokuskan kepada pengalaman pelayaran yang baik ketika menggunakan peranti mudah-alih. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan Instant Articles yang melajukan akses ke sesuatu artikel, dan terkini, Facebook turut meminta pelbagai pengiklan untuk menjadikan web mereka lebih ringan.

Melalui teknologi baru yang mula diguna-pakai, Facebook akan mula menarik beberapa elemen daripada web pengiklan dan memaparkan ia dengan lebih pantas kepada pengguna apabila klik pada iklan.

Facebook mengatakan kelajuan web ke sesuatu web pengiklan akan menjadi faktor utama dalam memperlihatkan iklan mereka. Gergasi laman sosial berkenaan juga dipetik mengatakan mereka mungkin akan menghalang paparan iklan ke sesuatu web sekiranya ia mengambil masa yang lama untuk dimuatkan.

Secara kasar, Facebook mengatakan pengguna meninggalkan sesuatu web yang mengambil masa lebih daripada tiga saat untuk dimuatkan. Walaupun pada desktop ia mungkin tidak begitu dirasai – namun, pada peranti mudah-alih, tiga saat boleh dikatakan akan membuatkan pengguna meninggalkan web berkenaan.

Bercakap mengenai kelajuan pelayaran pada peranti mudah-alih sendiri, selain Facebook, pihak Google juga turut menekankan kelajuan web pada peranti mudah-alih dengan memperkenalkan fungsi Accelerated Mobile Pages.


TIPS & ULASAN