Cari @ Amanz

John McAfee merupakan pengasas untuk salah satu perisian anvirus dan sekuriti popular, iaitu McAfee. Ia telah pun dijual kepada pihak Intel sebelum ini, dan sejak daripada itu, Intel telah pun menjenamakan ia semula kepada Intel Security – walaupun mengekalkan penjenamaan McAfee.

Intel Security

Terkini, John McAfee dilihat telah pun memfailkan saman ke atas pihak Intel Corp diatas hak untuk penggunaan nama beliau pada syarikat baru beliau.

Langkah ini diambil oleh beliau dalam membolehkan John McAfee untuk menjenamakan semula syarikat beliau MGT Capital Investments Inc kepada John McAfee Global Technologies Inc.

Untuk makluman, John McAfee telah menjual tanda dagang McAfee kepada Intel sebelum ini bersama-sama syarikat antivirus berkenaan pada tahun 2011 lepas. Namun, peguam John McAfee dilihat ingin mendapatkan hak penggunaan nama berkenaan dengan penggunaan hujah McAfee tersebut adalah nama beliau sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd