Offpeak Menerima Pelaburan Strategik Daripada YJ Capital (Yahoo Japan)

Offpeak Menerima Pelaburan Strategik Daripada YJ Capital (Yahoo Japan)

Diterbitkan pada Sep 5, 2016 oleh .

OffpeakOffpeak merupakan salah satu syarikat tempatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan untuk makan di restoran, dan mendapatkan penjimatan berbanding harga biasa. Ia telah beroperasi di beberapa buah negara, selain turut menawarkan perkhidmatan dalam beberapa nama lain, termasuk salah satunya adalah SyokMakan.

Terkini, dalam usaha membolehkan ia terus berkembang ke beberapa negara baru, pihak Yahoo Japan melalui bahagian pelaburan YJ Capital telah membuat pelaburan pada syarikat Offpeak ini.

Dengan adanya pelaburan ini, pihak Offpeak akan terus memperluaskan penawaran mereka di rantau Asia Tenggara. Buat masa ini, ia telah beroperasi di Malaysia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand.

Pelaburan strategik ini turut disertai oleh pelabur sedia ada mereka, Gobi Partners. Walaubagaimanapun, mereka tidak mengumumkan nilai pelaburan yang telah dilakukan dan diterima oleh Offpeak ini.

Layari : SyokMakan


TIPS & ULASAN