Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum iPhone 7 dilancarkan secara rasmi. Saban tahun apabila peranti baru Apple dilancarkan, perkara yang ingin diketahui ialah kemampuan pemproses yang digunakan. Markah penanda aras Geekbench untuk pemproses Apple A10 tertiris hari ini dan ianya dengan mudah menjadi antara pemproses terbaik di pasaran.
Markah untuk satu teras ialah 3379 manakala untuk berbilang teras pula ialah 5495. Sebagai perbandingan cip A9 sebelum ini mencatatkan 2474 markah untuk satu teras dan 4211 untuk berbilang teras. Pemproses paling berkuasa pada peranti Android, Exynos 8890 pula mencatatkan 1871 markah untuk satu teras dan 5018 untuk berbilang teras dalam ujian yang kami lakukan ke atas Samsung Galaxy S7 Edge. Jelas sekali iPhone 7 adalah peranti yang cukup berkuasa. Tidak mengejutkan ada yang sanggup berbelanja lebih untuk memilikinya.