Kelak, Anda Boleh Membuat Output Dari USB-C Ke HDMI Tanpa Memerlukan Adapter Tambahan

Kelak, Anda Boleh Membuat Output Dari USB-C Ke HDMI Tanpa Memerlukan Adapter Tambahan

Diterbitkan pada Sep 5, 2016 oleh .

USB-C atau USB Type-C telah menjadi salah satu piawaian baru yang disertakan pada telefon pintar, komputer dan sebagainya. Kini, bergerak kehadapan, pihak HDMI Licensing telah pun mengumumkan HDMI Alternate Mode untuk USB-C.

Melalui penawaran ini, ia akan membolehkan peranti berasaskan USB-C berhubung ke panel HDMI dengan mudah dengan hanya menggunakan satu kabel sahaja, dan tidak lagi memerlukan sebarang adapter tambahan.

USB-C HDMI

Walaubagaimanapun, melalui piawaian ini, ia hanya menyokong HDMI 1.4b yang menawarkan sokongan paparan pada resolusi 4K, paparan 3D dan sebagainya. Mungkin kelak kita perlu nantikan kemaskini pada masa akan datang supaya ia menyokong piawaian HDMI 2.0 yang membolehkan paparan HDR dan sebagainya kelak.

Dengan pengumuman piawaian baru ini, kelak mungkin kita akan melihat kabel HDMI ke USB-C hadir ke pasaran tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN