Desas-Desus Terbaru Mengatakan iPhone 7 Mungkin Hadir Dengan Sokongan Kalis Air

Desas-Desus Terbaru Mengatakan iPhone 7 Mungkin Hadir Dengan Sokongan Kalis Air

Diterbitkan pada Sep 5, 2016 oleh .

Sokongan kalis air pada telefon pintar hanya ditawarkan pada beberapa peranti sahaja, dan paling popular adalah daripada Sony. Tahun ini, menyaksikan Samsung turut mengintegrasikannya pada telefon pintar S7 dan Note 7, dan kini Apple turut tidak ingin ketinggalan sama.

Menurut desas-desus terbaru, ia dikatakan Apple mungkin menyertakan sokongan kalis air IPX7 pada iPhone yang bakal diperkenalkan pada minggu ini. Ia bakal menawarkan kebolehan untuk menggunakan iPhone ketika hujan renyai tanpa risau ia rosak, ataupun sekiranya terjatuh dalam air.

Sebelum ini, sokongan sama telah hadir pada Apple Watch, malah pada iPhone 6S tahun lepas, beberapa pengguna telah mengujinya dan mendapati ia turut hadir dengan sokongan kalis air – namun tidak diumumkan oleh Apple.

Untuk mengetahui sama ada ia benar-benar hadir ataupun sebaliknya, sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Apple yang bakal berlangsung pada hari Khamis ini – 8 September 2016.


TIPS & ULASAN