Cari @ Amanz

AMD pada Computex 2016 yang lepas telah memperkenalkan cip pemprosesan siri-A generasi ketujuh mereka, dan hari ini, AMD secara rasminya turut telah mengumumkan penawaran cip pemprosesan berkenaan untuk pengguna desktop.

Dikenali dengan nama kod Bristol Ridge, ia akan bersaing secara tidak langsung dengan penawaran pihak Intel. Untuk makluman ramai, melalui penawaran AMD yang memanggilnya sebagai APU, cip pemprosesan mereka turut hadir diintegrasikan bersama cip AMD Radeon R5 atau R7. Ini sekaligus menjadikan penawaran cip APU mereka sesuai untuk arena permainan atau multimedia yang memerlukan kuasa grafik yang baik. Ia juga hadir dengan empat teras “Excavator” yang membolehkan ia menguasakan pelbagai jenis komputer tanpa mengira saiz.

AMD telah berkongsi sebelum ini mengatakan cip APU generasi ketujuh ini menawarkan peningkatan kuasa pemprosesan sehingga 50% berbanding penawaran 2014 lepas, dan pada masa yang sama menawarkan kuasa grafik yang lebih berkuasa.

Dari segi sokongan baru, ia kini turut menyokong kandungan 4K, DirextX12, dan pelbagai perkakasan baru dalam arena perkomputeran termasuk PCIe Gen3, USB 3.1 Gen2, SATA Express dan juga NVMe.

Dengan pengumuman ini, beberapa desktop yang menggunakannya akan hadir ke pasaran, termasuk daripada Lenovo dan juga HP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd