Carian
Hanya Galaxy Note 7 Dengan Bateri Keluaran Samsung SDI Mengalami Masalah
September 6, 2016 Effi Saharudin

Berita paling besar minggu lalu pastinya ialah keputusan Samsung memanggil semula kesemua Galaxy Note 7 yang sudah terjual. Ini dilakukan selepas berpuluh insiden peranti meletup disebabkan masalah pada bateri. Maklumat lebih terperinci kini diketahui dan hanya peranti yang menggunakan bateri keluaran anak syarikat mereka Samsung SDI mengalami masalah ini.

Sebanyak 70% Note 7 menggunakan bateri keluaran Samsung SDI. Selebihnya dihasilkan oleh ATL, sebuah syarikat dari China. Setakat ini hanya peranti untuk pasaran China, Hong Kong dan Macau menggunakan bateri dari ATL. Samsung menghentikan pengeluaran di SDI dan kini meningkatkan pengeluaran melalui ATL. Seperti kami laporkan semalam, proses pemulangan semula peranti ini mungkin akan mengakibatkan kerugian mencecah $1 Billion kepada Samsung. Berita baik bagi pengguna ialah masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah dengan hanya melakukan penukaran bateri.

Komen