Cari @ Amanz

Google pada tahun ini dijangka memperkenalkan dua telefon pintar Nexus (atau dipanggil sebagai Pixel?) yang dibangunkan oleh HTC. Selain daripadanya, Google juga kini diperkatakan mungkin memperkenalkan tablet bersaiz 7-inci dengan 4GB RAM.

Info baru ini hadir daripada @evleaks yang sering berkongsi beberapa info yang tepat jauh sebelum sesuatu peranti dilancarkan.

Menurut beliau, Google akan melancarkannya sebelum penghujung tahun ini. Seperti kebanyakkan tablet Nexus lain, ia dijangka memperkenalkan dengan antaramuka natif Android tanpa penambahan antaramuka yang banyak. Memandangkan Huawei telah mengeluarkan Nexus 6P pada tahun lepas yang menerima maklumbalas baik daripada ramai pengguna, tidak mustahil tablet baru ini turut menerima permintaan ramai – apatah lagi kaedah pemasaran agresif daripada Huawei.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd