Samsung Malaysia Akan Mulakan Gantian Galaxy Note 7 Satu-Ke-Satu Bermula 29 September

Samsung Malaysia Akan Mulakan Gantian Galaxy Note 7 Satu-Ke-Satu Bermula 29 September

Diterbitkan pada Sep 6, 2016 oleh .

Samsung Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penarikkan kembali telefon pintar Galaxy Note 7 yang telah terjual disebabkan oleh masalah bateri yang membuatkannya mudah terbakar atau meletup. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Samsung mengumumkan yang mana proses gantian akan bermula daripada 29 September 2016 ini.

Samsung mengatakan pelanggan boleh mengembalikan Galaxy Note 7 mereka dan mendapatkan Galaxy Note 7 baru di lokasi yang mereka beli peranti berkenaan. Proses gantian akan dilakukan antara 10 pagi ke 10 malam, dan pengguna perlu membawa set penuh kembali – termasuk pengecas, kabel, headset dan juga USB Connector.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkara ini, pengguna boleh merujuk kepada talian Samsung Malaysia di 1800-88-7799.


TIPS & ULASAN