Cari @ Amanz

HTC telah diperkatakan akan hadir dengan telefon pintar HTC Desire 10 pada penghujung bulan ini. Selari dengannya, kini melalui Twitter pengeluar peranti berkenaan, mereka mula berkongsi beberapa teaser untuk suatu peranti yang bakal diperkenalkan pada 20 September kelak.

HTC Desire 10 Pro

Melalui desas-desus sebelum ini, HTC telah diperkatakan akan hadir dengan dua peranti baru yang menggunakan penjenamaan angka “10” seperti HTC 10 sebelum ini, tetapi hadir daripada keluarga peranti HTC Desire. Ia dijangka dinamakan sebagai HTC Desire 10 Pro dan juga HTC Desire 10 Lifestyle.

Teaser yang diperlihatkan juga selari dengan rekaan yang tertiris sebelum ini – dimana membawakan rekaan yang kemas dan premium, serta dilengkapi dengan pengimbas cap jari di belakang.

Dengan tarikh 20 September yang semakin dekat, kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd