Cari @ Amanz

Sony akan mula menjual PlayStation VR bermula daripada bulan hadapan di Malaysia, dan kini, berkongsi mengenainya, melalui Sony PlayStation Europe, mereka mengatakan ia akan hadir dengan permainan demo percuma yang pengguna boleh mainkan selepas membelinya.

PlayStation VR

Melalui sebuah demo-disc yang disertakan, sebanyak lapan permainan dijangka ditawarkan, iaitu antaranya adalah Driveclub VR, PlayStation VR Worlds, RIGS Mechanized Combat League, Tumble VR, Battlezone, EVE : Valkyrie, Wayward Sky, dan juga Headmaster.

Penawaran ini juga dijangka dilakukan pada peringkat global bagi membolehkan pengguna menikmati penawaran permainan ringkas selepas membeli set realiti-maya berkenaan, dan memudahkan pengguna membuat pembelian permainan mengikut genre.

Di Malaysia, PlayStation VR akan mula dijual bermula 13 Oktober kelak pada harga RM1849.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd