Samsung Mempatenkan Peranti Yang Menggunakan Android dan Windows 10 Secara Serentak

Samsung Mempatenkan Peranti Yang Menggunakan Android dan Windows 10 Secara Serentak

Diterbitkan pada Sep 7, 2016 oleh .

Sistem operasi Windows 10 Mobile adalah yang ketiga paling popular di dunia. Sunnguhpun begitu pegangan pasarannya adalah amat kecil. Microsoft juga tidak lagi agresif mempromosikan sistem operasi ini dengan tiada pelancaran peranti utama sepanjang 2016. Windows 10 jelas lebih popular berbanding Windows 10 Mobile. Oleh itu tidak mengejutkan Samsung mempatenkan peranti yang mampu menggunakan Android dan Windows 10 secara serentak.

Paten-Android-Windows-Samsung-5Paten difailkan pada Mei 2015 dan menunjukkan dua sistem operasi berfungsi secara serentak menggunakan sistem Multi Window Samsung. Sebelum ini sudah ada beberapa peranti yang mampu melakukan dual boot tetapi tidak secara serentak (seperti HTC HD2). Melalui paten ini  pengguna boleh melakukan memindahkan data di antara dua sistem operasi berbeza dengan aksi drag and drop. Sistem operasi kedua juga boleh diletakkan di belakang sementara sistem operasi utama digunakan.

Menggunakan dwi-sistem operasi seperti ini pastinya akan memerlukan kuasa memproses dan RAM yang tinggi. Oleh itu kebarangkalian paten ini menjadi realiti dalam masa terdekat adalah agak rendah. Mungkin di masa hadapan apabila wujud pemproses mobil lebih berkuasa serta RAM sebesar 8 Gigabyte menjadi kebiasaan, mempunyai komputer WIndows Android sebesar Galaxy Note akan menjadi realiti.

Paten-Android-Windows-Samsung-1Paten Android Windows Samsung 2


TIPS & ULASAN