Cari @ Amanz

Google Chrome LogoChrome sering dikaitkan dengan penggunaan pemprosesan yang tinggi, sekaligus memberikan kesan terhadap penggunaan bateri – dimana ia lebih banyak menggunakan bateri berbanding beberapa pelayar web lain, termasuk Opear dan juga Microsoft Edge.

Kini, selepas sekian lama, Google mengatakan kini melalui Chrome 53 mereka telah lebih mengoptimasikan pelayar web mereka, dan menawarkan peningkatan yang baik dari segi kelajuan dan juga penjimatan bateri.

Melalui perbandingan kasar yang dilakukan Google, mereka mengatakan Chrome untuk Mac kini menggunakan 33% kurang tenaga berbanding dengan sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda kepada Chrome 53 dan menikmati pengoptimasian lebih yang dibawakan oleh Google untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd