Cari @ Amanz

Helio X30 ialah pemproses keluaran MediaTek dengan 10 teras yang dijangka hadir hujung tahun ini. Tetapi mungkin ini masih belum cukup berkuasa untuk anda. Hari ini Turing Robotics Industries mengumumkan mereka akan melancarkan Turing Monolith Chaconne. Ia sebuah peranti dengan tiga pemproses Snapdragon 830 dan RAM sebesar 18 Gigabyte.

Turing-Monolith-Chaconne-4

Ketiga-tiga pemproses berfungsi secara selari mengagungkan sistem operasi Swordfish OS yang mempunyai kecerdasan buatan. Sistem operasi ini dibina berasaskan Sailfish OS. Spesifikasi gila ini tidak terhenti di sini. Monolith Chaconne turut dilengkapi skrin 6.4″ 4K, storan dalaman 768 Gigabyte dengan sokongan dua kad MikroSD 256 Gigabyte. Ini memberikan storan maksimum sehingga 1.2 Terabyte.

Kamera utama pula sebesar 60-Megapixel (4 Lensa) dengan rakaman IMAX 6K. Untuk selfie pula dwi-kamera 20 Megapixel akan digunakan. Keseluruhan peranti diperbuat daripada komposit graphene oksida. Tiga sumber kuasa digunakan. Bateri graphene 3600 mAh digunakan secara selari dengan bateri LiOn 2400 mAh dan bateri sel hidrogen. Akhir sekali peranti ini boleh menyokong sehingga empat SIM.

Memandangkan kita bukan di bulan April kami tidak merasakan ini adalah pengumuman jenaka. Malahan pihak Turing Robotics Industries yakin Monolith Chaconne akan mula dijual pada tahun 2018. Ini ialah peranti fantasi mereka. Bagaimana pula anda. Kami secara peribadi cukup gembira sekiranya wujud peranti pintar dengan ketahanan bateri dua hari pada penggunaan paling berat.

Turing-Monolith-Chaconne-2

Turing-Monolith-Chaconne-1

 

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd