Batman Return to Arkham sepatutnya mula dijual pada Julai yang lalu. Kelewatan proses menaiktaraf grafik menggunakan Unreal Engine 4 oleh Virtuos Studio memaksa Warner Brothers untuk menangguhkan pelancarannya. Masalah yang melanda Batman Arkham Knight edisi PC tidak mahu diulangi dan penangguhan tanpa tarikh muktamad diberikan.
Tarikh pelancaran baru edisi remastered Arkham Asylum dan Arkham City ini akhirnya diketahui. Tandakan 21 Oktober ini pada kalendar anda sekiranya anda berminat. Peningkatan grafik dilakukan dari segi tekstur, enjin dan juga polygon watak. Perbezaan dapat dilihat menerusi video di atas. Return to Arkham akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One.