Carian
Instagram Akan Menghentikan Fungsi Photo Map
September 7, 2016 Effi Saharudin

Photo Map ialah fungsi yang mungkin tidak disedari ramai pengguna Instagram. Menerusinya pengguna dapat melihat setiap lokasi gambar yang pernah diambil oleh mereka. Pada waktu yang sama kesemua gambar yang pernah diambil pengguna Instagram pada sesebuah lokasi dapat dilihat dengan mudah. Laporan Mashable hari ini mengesahkan Instagram akan menghentikan fungsi ini.

Photo-Map-Instagram-2

Alasan yang diberikan ialah ia tidak digunakan oleh kebanyakan pengguna. Mereka sedang menyahaktifkan sokongan secara berperingkat. Ia sudah mula diaktifkan dengan kemas kini aplikasi yang terkini. Selepas ini pengguna hanya boleh melihat Photo Map peribadi mereka sahaja. Kami tergolong di dalam kumpulan minoriti yang kerap menggunakan Photo Map untuk mencari tempat mengambil gambar yang menarik pada lokasi tertentu. Anda pula bagaimana?

Komen