Dalam arena dron pada masa kini, saiznya yang besar boleh dikatakan menjadi salah satu kesukaran untuk membawanya kemana-mana dengan mudah, apatah lagi menggunakan ruangan yang besar untuk menyimpannya. Menyedari perkara ini, beberapa pengeluar telah sedia hadir dengan dron bersaiz kompak. Terkini, salah satu pengeluar dron terkemuka, DJI turut dilihat akan memperlihatkan inovasi baru pada saiz dron mereka.
Melalui gambar yang tertiris ke arena internet, ia dilihat DJI sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah dron yang boleh dilipat – dinamakan sebagai Mavic. Dron ini dikatakan akan menyertakan kamera dengan sokongan rakaman 4K, selain sebuah alat kawalan dengan paparan LCD berasaskan kepada Android.
Selain daripada DJI, pihak GoPro juga sedang dalam persiapan untuk melancarkan dron mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Karma.