Permainan Super Mario Run Akan Hadir Untuk iPhone Dan iPad

Permainan Super Mario Run Akan Hadir Untuk iPhone Dan iPad

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Nintendo merupakan salah satu pengeluar konsol dan pemilik IP untuk pelbagai permainan popular. Hari ini, mereka turut telah menghadirkan diri ke acara Apple, dan membuat kejutan dengan mengumumkan permainan mereka untuk peranti mudah-alih dan eksklusif untuk iOS, iaitu Super Mario Run.

Super Mario Run

Daripada demo yang dipertontonkan, ia membawakan permainan dengan rekaan klasik seperti Mario 2D sebelum ini, tetapi dikawal terus pada telefon pintar. Pengenalan permainan yang dinantikan ramai ini semestinya akan memberikan kesan positif untuk Nintendo – yang mana telah mencuri perhatian ramai melalui permainan Pokemon Go mereka baru-baru ini.

Nintendo akan menawarkan permainan ini pada iOS bermula bulan Disember ini.


TIPS & ULASAN