Pokemon Go Akan Hadir Ke Apple Watch – Dimainkan Terus Pada Pergelangan Tangan

Pokemon Go Akan Hadir Ke Apple Watch – Dimainkan Terus Pada Pergelangan Tangan

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Disamping pengumuman berkaitan dengan permainan Super Mario Run yang akan hadir ke iOS, pihak Apple turut membawa Niantic Labs ke acara tahunan mereka ini, dan mengumumkan yang mana Pokemon Go akan hadir ke Apple Watch tidak lama lagi.

Pokemon Go

Pokemon Go

Pokemon Go merupakan salah satu permainan popular yang menjadi fenonema sejak beberapa bulan lepas, dan telah dimuat-turun lebih 500 juta kali sejak dilancarkan.

Melalui aplikasi ini, ia akan memaparkan jarak yang perlu dijalan untuk menetaskan sesuatu telur, selain turut memperlihtkan info seperti Pokemon yang hadir berdekatan ataupun Pokestop berdekatan tanpa perlu melihat kepada telefon pintar mereka.

Aplikasi ini dijadualkan untuk diperkenalkan untuk pengguna Apple Watch tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN