Cari @ Amanz

Seperti telah diperkatakan sebelum ini, Apple hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar yang dinantikan ramai, iaitu Apple Watch Series 2. Ia masih mengekalkan rekaan yang sama seperti generasi pertamanya, tetapi menyertakan beberapa pembaharuan melaluinya.

Apple Watch Series 2

Apple Watch Series 2 ini hadir dengan GPS terbina, yang membolehkan pengguna menggunakan jam tangan pintar ini ketika berlari, dan tidak lagi perlu membawa telefon pintar ketika melakukan aktiviti luar.

Apple Watch Series 2

Apple Watch Series 2 dijana dengan cip pemprosesan S2 yang lebih 50% pantas, disamping paparan pada jam tangan pintar ini yang kini lebih 50% jelas dan terang. Menjana jam tangan pintar ini adalah penggunaan sistem operasi jam tangan generasi baru mereka, Apple WatchOS 3.

Melengkapkan jam tangan pintar ini juga adalah sokongan kalis air, dimana ia kini boleh dibawa berenang pada kedalaman sehingga 50 meter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd