Apple iPhone 7 Plus Kini Rasmi Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang

Apple iPhone 7 Plus Kini Rasmi Dengan Sokongan Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Bersama-sama pengenalan iPhone 7, pihak Apple turut telah memperkenalkan satu lagi variasi dibawah keluarga berkenaan, iaitu iPhone 7 Plus. Ia masih membawakan rekaan seumpama iPhone tahun lepas, tetapi perbezaan besar yang disertakan adalah sokongan dwi-kamera dibelakangnya.

Apple iPhone 7 Plus

Apple menyertakan sokongan perisian khusus untuk dwi-kamera ini, yang mana membolehkan ia merakamkan data tambahan dalam menghasilkan gambar yang lebih cantik dan jelas. Apple memanggil lensa kedua ini sebagai Telephoto, dan ia juga turut membolehkan pengguna zoom pada gambar dengan jelas tanpa kehilangan sebarang perkara pada gambar berkenaan.

iPhone 7 Plus membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dan turut menyertakan masa penggunaan bateri yang lebih lama.

Apple iPhone 7 Plus

Disamping itu, pelbagai perkara yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti iPhone 7, termasuk sokongan kalis air dan juga debu, kebolehan rakaman RAW, butang Home berasaskan sensitif tekanan, dan tiada lagi sokongan audio-jack – tetapi digantikan dengan penggunaan berasaskan Lightning.

Seperti iPhone 7, Apple iPhone 7 plus ini turut hadir dengan tiga storan berbeza, bermula 32GB, 128GB dan juga 256GB. Ia akan dijual di beberapa buah negara terlebih dahulu. Dari segi harga, Apple mengatakan ia akan dijual pada harga bermula sama seperti Apple iPhone 6S sebelum ini.


TIPS & ULASAN