Cari @ Amanz

Disamping pengumuman penawaran iOS 10 untuk para pengguna peranti mudah-alih Apple, gergasi perkomputeran berkenaan juga turut telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sistem operasi generasi baru mereka, macOS Sierra untuk pengguna Mac bermula 20 September kelak.

macOS Sierra

macOS adalah penjenamaan baru untuk OS X sebelum ini, dan melalui Sierra, beberapa fungsi baru disertakan. Antara yang menjadi fokus utama adalah sokongan Siri terus pada OS X, mengakses komputer secara automatik melalui Apple Watch, sokongan tab pada keseluruhan sistem operasi, dan pelbagai ciri-ciri lain.

Apple akan menawarkan Sierra ini sebagai kemaskini percuma untuk semua pengguna bermula 20 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd