Sony Mengemaskini PlayStation 4 Dengan Rekaan Yang Lebih Nipis

Sony Mengemaskini PlayStation 4 Dengan Rekaan Yang Lebih Nipis

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat gambar PlayStation 4 yang baru tertiris ke arena web. Hari ini, Sony sendiri mengadakan sebuah acara khas, dan mengumumkan konsol generasi baru mereka ini secara rasminya.

Masih dinamakan sebagai PlayStation 4, ia akan menggantikan konsol PS4 sedia ada, dan ditawarkan di kebanyakkan pasaran bermula 15 September ini.

PlayStation 4

PlayStation 4 ini membawakan rekaan yang lebih nipis berbanding sebelumnya, dan pada masa yang sama dikatakan lebih menjimatkan tenaga. Ia kini turut menyertakan alat kawalan DualShock 4 yang turut dikemaskini dengan rekaan bar lampu yang turut boleh dilihat daripada pandangan pemain.

Kami akan membawakan info lanjut mengenai penawaran konsol ini untuk pasaran tempatan pada tengah hari ini.

PlayStation 4


TIPS & ULASAN