iPhone 6S/6S Plus Kini Disenaraikan Di Malaysia Dengan Model Asas 32GB

iPhone 6S/6S Plus Kini Disenaraikan Di Malaysia Dengan Model Asas 32GB

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Dengan pengenalan telefon pintar generasi baru, penurunan harga untuk telefon pintar generasi lama adalah salah satu perkara yang dijangka ramai. Perkara sama dilakukan oleh Apple hari ini, tetapi dengan kaedah berbeza.

Berbanding dengan menurunkan harga jualan, Apple mengambil langkah untuk mengemaskini ruangan storan, dan model asas untuk iPhone 6 dan iPhone 6S kini hadir dengan pilihan 32GB. Harga permulaan untuk kedua-duanya juga lebih murah berbanding sebelum ini, iaitu bermula RM2699 untuk iPhone 6S, dan iPhone 6S Plus pada harga bermula RM3199.

Apple iPhone 2017

Disamping itu, penawaran model versi 128GB memperlihatkan penurunan harga untuk kedua-dua versi iPhone. Buat masa ini, melalui laman jualan Apple, mereka masih menyenaraikan model 32GB ini sebagai “Akan Datang” dan tiada tarikh diberikan untuk penawarannya.

Dengan kaedah yang sama, Apple turut mengekalkan penawaran iPhone SE model asas pada harga RM1949, sementara model keduanya dengan storan 64GB kini diturunkan kepada RM2199.


TIPS & ULASAN