10 Perkara Baharu Pada Apple iPhone 7

10 Perkara Baharu Pada Apple iPhone 7

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Apple telah mempopularkan arena telefon pintar dengan pengenalan iPhone pertama pada 2007 yang lepas. Kini, selang 9 tahun, Apple masih mendapat perhatian ramai apabila membuat pengumuman sesuatu produk baru, malah beberapa perkara yang diumumkan kadang-kala menjadi trend dan diikuti sama oleh pesaing Apple pada produk keluaran mereka.

Paling terkini adalah dua telefon pintar Apple, iaitu iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus. Dengan pengumuman ini, ia menjadikan kedua-duanya sebagai iPhone paling berkuasa buat masa ini. Bersama-sama dengan iPhone generasi baru ini juga turut hadir sejumlah fungsi baru, dan antaranya adalah;

01 – Sokongan Kalis Air

Kini, para pengguna boleh menggunakan iPhone ketika hujan tanpa risau akan telefon pintar mereka akan rosak. Ia kini hadir dengan piawaian IP67 yang menawarkan perlindungan daripada air dan juga debu.

Apple iPhone 7


02 – Rekaan Sama Dengan Pilihan Warna Jet Black

Dari segi rekaan, ia menggunakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6 sebelum ini, tetapi tidak memaparkan garisan antenna seperti sebelumnya. Ia kini ditawarkan dalam lima pilihan warna, termasuk yang paling baru adalah Jet Black yang ditawarkan hanya untuk model 128GB dan 256GB sahaja.

Apple iPhone 7 Plus


03 – Butang Home Yang Diberikan Nafas Baru

Butang Home pada iPhone sebelum ini adalah lebih kepada bentuk yang boleh ditekan dan membawa kepada kerosakkan selepas digunakan dengan kerap. Mengatasi masalah ini, kini Apple menyertakan butang Home dengan rekaan statik – yang dijana menggunakan Taptic Engine dalam memberikan tindak balas seumpama menekan butang.

Apple iPhone 7


04 – Dwi-Kamera Pada Bahagian Belakang

Pada iPhone 7, ia mengekalkan penggunaan kamera 12-megapixel seperti biasa, sebaliknya pada iPhone 7 Plus, ia hadir dengan sokongan dwi-kamera. Ini membolehkan pengguna membuat rakaman dengan lebih jelas, termasuk kemampuan zoom dan juga mengkaburkan bahagian latar ketika merakamkan gambar.

Apple iPhone 7 Plus


05 – Tiada Lagi Audio-Jack

Apple melalui iPhone 7 telah “membunuh” port untuk audio. Sebaliknya, sebagai ganti kini mereka menggunakan port Lightning untuk mendengar audio. Walaupun terdapat kebaikkan, namun dari segi keburukkan adalah dimana pengguna kini tidak lagi boleh mendengar lagu sambil mengecas telefon.

Apple iPhone 7


06 – Storan Asas Kini Bermula 32GB

Akhirnya, selepas sekian lama, kini Apple telah membuang model asas dengan 16GB – sebaliknya kini versi paling asas hadir dengan pilihan 32GB.


07 – Speaker Stereo Dengan Kualiti Bunyi Lebih Kuat

Pada iPhone 7, kini Apple menyertakan sokongan speaker stereo yang baru – menawarkan bunyi yang lebih dua kali ganda kuat berbanding dengan iPhone 6S sebelum ini. Selain mendengar lagu dan lain-lain, penggunaan stereo speaker ini turut membawa kepada kualiti panggilan yang lebih tinggi melalui speakerphone.

Apple iPhone 7 Plus


08 – Kualiti Rakaman Lebih Baik

Menguasakan iPhone baru ini adalah sensor belakang 12-megapixel dan sensor hadapan 7-megapixel. Bahagian belakang turut menawarkan integrasi Quad-LED yang menawarkan pencahayaan 50% lebih jelas banding iPhone 6s.

Apple iPhone 7 Plus


09 – Kuasa Pemprosesan Berganda Melalui Cip Empat-Teras

Apple buat pertama kalinya menggunakan cip pemprosesan empat-teras pada iPhone 7 melalui Apple A10 Fusion. Ia kini menawarkan kuasa pemprosesan dua kali ganda berbanding dengan iPhone 6 sebelum ini, dan pengoptimasian yang menjimatkan tenaga bateri untuk masa penggunaan yang lebih lama.

Apple iPhone 7


10 – Sistem Operasi iOS 10

Menjana telefon pintar ini adalah iOS 10 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk pengenalan papan kekunci pintar baru, sokongan integrasi aplikasi pada Siri, integrasi pembelajaran pintar pada aplikasi seperti Apple Photos, dan sejumlah fungsi baru lain.

iOS 10


Apple masih tidak mengumumkan penawaran mereka untuk Malaysia buat masa ini. Malah, nama Malaysia masih tidak tersenarai untuk dua fasa pertama, dan mungkin perlu nantikan fasa ketiga dan seterusnya yang dijangka bermula sekitar Oktober kelak.


TIPS & ULASAN