Cari @ Amanz

Hanya sekitar dua minggu selepas pengumumannya, Fitbit telah mengumumkan kesediaan jam tangan pintar Fitbit Charge 2 di pasaran tempatan. Fitbit merupakan jenama peranti boleh-pakai yang popular diseluruh dunia, dan Malaysia antara negara yang terawal menerimanya.

Ia merupakan kesinambungan kepada siri Charge, yang membawakan pengesan degupan jantung bagi menyukat aktiviti seharian. Aktiviti yang disukat tidak terhad kepada aktiviti kecergasan, bahkan termasuklah kegiatan seharian seperti berjalan dan juga tidur. Kesemua aktiviti ini dapat ditentukur secara automatik, tanpa memerlukan pengguna melakukan apa-apa tetapan mahupun arahan. Ia boleh menyukat jumlah langkah, larian, serta jarak dan kalori dibakar menerusinya. Terdapat beberapa teknologi yang hadir untuk Fitbit Charge 2 dan salah satunya adalah PurePlus.
fitbit-charge-2-img_3106

fitbit-charge-2-img_3184

Dengan teknologi PurePlus, Fitbit Charge 2 boleh membandingkan kadar degupan jantung dengan orang lain berdasarkan pengkalan data yang disediakan oleh Fitbit. Ia juga boleh mengira VO2 max, iaitu nilai serapan oksigen maksimum yang boleh dicapai seseorang sebelum mereka berasa letih. Jika kebiasannya ujian sebegini memerlukan kelengkapan khusus, dengan Fitbit Charge 2 menerusi teknologi ini akan memberikan nilai kecergasan berdasarkan pemantauan sepanjang hari.

Pada jam tangan Fitbit Charge 2 terdapat juga fungsi yang mengajarkan pengguna teknik mengawal pernafasan untuk diseragamkan dengan degupan jantung. Apabila pernafasan berjaya dikawal, pengguna akan berasa lebih tenang tanpa tekanan. Paparan jam ini akan menunjukkan corak bagi memudahkan pengguna menghela dan menghembus nafas sekaligus membiasakan pengguna dengan keadaan ini. Ia juga akan memberikan notifikasi bagi memberitahu pengguna untuk bergerak sekiranya pengguna telah duduk untuk satu tempoh yang panjang.

fitbit-charge-2-img_3122

Selain dari itu, fungsi-fungsi yang disertakan pada jam tangan pintar ini termasuklah memaparkan notifikasi panggilan, mesej dan juga kalendar serta baterinya boleh bertahan sehingga lima hari. Ia dijual pada akhir bulan ini di pasaran tempatan pada harga RM 730 dan terdapat aksesori tambahan untuknya seperti tali jam kulit premium yang dijual berasingan pada harga RM 360, atau versi khas yang hadir dalam dua pilihan warna Hitam ‘Gunmetal’ dan merah jambu emas pada harga RM 820.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd