PlayStation 4 Pro Berharga RM1799 Di Malaysia – Konsol Dengan Sokongan HDR Dan 4K

PlayStation 4 Pro Berharga RM1799 Di Malaysia – Konsol Dengan Sokongan HDR Dan 4K

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Sony telah memperkenalkan PlayStation 4 pada awal pagi ini untuk pasaran global, dan kini berkongsi lanjut mengenainya, ia turut akan hadir ke pasaran tempatan – tetapi masih tiada sebarang tarikh untuk pasaran tempatan buat masa ini.

PlayStation 4 Pro

PlayStation 4 Pro membawakan sokongan 4K dan juga HDR – menawarkan kuasa grafik yang lebih tinggi dan memfokuskan kepada para pemain yang menggunakan paparan 4K di rumah mereka. Walaupun menyokong paparan 4K, pelbagai permainan yang ditawarkan masih akan menyokong konsol PlayStation 4 sedia ada, dan pemain boleh berhubung seperti biasa.

Dengan kuasa pemprosesan tinggi, Sony juga turut melengkapkan ia dengan ruangan storan besar – iaitu bermula 1TB.

Di Malaysia, konsol ini akan dijual pada harga RM1799. Tiada tarikh jualan yang diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN