Sokongan HDR Akan Hadir Ke Semua Konsol PlayStation 4 Bermula Minggu Hadapan

Sokongan HDR Akan Hadir Ke Semua Konsol PlayStation 4 Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Pada acara PlayStation 4 yang diadakan hari ini, Sony menyentuh mengenai penawaran sokongan HDR secara mendalam. Menariknya, sokongan ini tidak terhad untuk pengguna PlayStation 4 Pro sahaja, sebaliknya ia akan hadir ke semua konsol PlayStation 4 melalui kemaskini firmware bermula minggu hadapan.

PlayStation 4 HDR

Menggunakan paparan HDR, grafik yang dipaparkan adalah lebih cantik – terutamanya dalam membezakan persekitaran yang gelap dan juga yang cerah.

Memandangkan ia akan ditawarkan kepada semua pengguna melalui kemaskini bermula minggu hadapan, maka mungkin anda boleh membuat perbandingan yang lebih baik sebelum membuat keputusan membeli PlayStation 4 Pro atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN