Pra-Tempahan Tambahan Untuk PlayStation VR Akan Ditawarkan Bermula Esok

Pra-Tempahan Tambahan Untuk PlayStation VR Akan Ditawarkan Bermula Esok

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Sony sebelum ini telah mengumumkan set realiti-maya mereka, PlayStation VR untuk pasaran tempatan. Pra-tempahan telah dibuka untuk pasaran Malaysia sebelum ini, tetapi ia ditamatkan selepas seketika disebabkan permintaan yang tinggi.

PlayStation VR

Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Sony mengatakan mereka akan menawarkan pra-tempahan tambahan untuk pengguna tempatan bermula daripada esok – 9 September. Namun, tidak seperti sebelumnya, hanya sejumlah Sony Centre terpilih akan menawarkannya.

Sony PlayStation VR merupakan set realiti-maya daripada Sony yang perlu digunakan bersama dengan PlayStation 4. Ia akan dijual bermula 13 Oktober ini di Malaysia pada harga RM1849.

Baca : Pandang Pertama PlayStation VR


TIPS & ULASAN