Cari @ Amanz

iPhone 7 dan 7 Plus ialah peranti pertama Apple yang tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm. Ini adalah bagi memberikan kualiti audio lebih tinggi berbanding sebelum ini. Setiap pembelian peranti akan disertakan dengan EarPods berwayar dengan sambungan Lighthing. Kepada pemilik yang menggunakan fon kepala dengan sambungan 3.5 mm, penyesuai disertakan di dalam kotak.

lightning-to-3-5-1

Kepada yang mahukan penyesuai tambahan sebagai sandaran, anda boleh memesannya dari Apple sekarang. Berita baik di sini ialah ia turut ditawarkan di laman rasmi Apple Malaysia pada harga RM 49 sebuah. Walaubagaimanpun pesanan belum boleh dilakukan kerana ketiadaan stock. Harga jualan di Malaysia sedikit lebih mahal berbanding $9 (~RM 37) yang ditawarkan di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd