Cari @ Amanz

Dunia startup tempatan heboh seketika berikutan kemelut yang melanda GrabGas pada minggu lepas. Masalah yang timbul diantara pengasas dan pembangunnya mendapat perhatian ramai pihak dan malangnya isu tersebut timbul beberapa hari selepas Digi mengumumkan akan melabur RM 250,000 pada startup tersebut menerusi program Digi Accelerate.

Pada hari ini, Digi dibawah bahagian Digi-X mengumumkan tidak akan melabur pada GrabGas. Keputusan yang disepakati pada hari Selasa lalu menyatakan atas sebab data yang dikongsikan kepada mereka dari GrabGas adalah tidak konsisten serta mempunyai pelbagai keraguan. Praveen sendiri pernah menyatakan kepada yang mereka tidak akan bertoleransi dengan pihak yang tidak mempunyai integriti dalam budaya kerja mereka dan keputusan ini juga diambil setelah penyiasatan menyeluruh telah dijalankan.

Apapun dengan penarikan pendanaan dari Digi terhadap GrabGas, ia sedikit sebanyak bakal menggangu-gugat potensi mereka dalam menawarkan perkhidmatan sebegini lebih-lebih lagi mereka telah menjanjikan platform baru pada bulan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd