Kerosakan Akibat Air Ke Atas iPhone 7 Dan 7 Plus Tidak Dijamin Apple

Kerosakan Akibat Air Ke Atas iPhone 7 Dan 7 Plus Tidak Dijamin Apple

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Kedua-dua iPhone 7 dan 7 Plus adalah peranti pertama keluaran Apple yang diiklankan dengan kemampuan kalis air IP67. Pada tahap ketahanan ini, peranti dapat bertahan direndam sehingga 1 meter selama 30 minit. Ini pastinya memberikan kebebasan kepada pemilik untuk melakukan aksi lasak ataupun merakam gambar di bawah air. Sungguhpun begitu peringatan harus diberikan kepada bakal pemilik.

kalis-air-iphone-7

Kerosakan yang diakibatkan oleh kemasukan air pada peranti tidak akan termasuk di dalam jaminan Apple. Ini tertera dengan pada bahagian bawah laman Apple. Oleh itu pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati dalam mencuba tahap ketahanan air iPhone 7. Apa yang dilakukan Apple ini bukanlah baru. Pengeluar lain seperti Samsung dan Sony turut mempunyai klausa yang tidak menjamin kerosakan yang diakibatkan oleh air. Oleh itu realitinya ialah peranti yang benar-benar dijamin kalis air tidak wujud di pasaran setakat ini.


TIPS & ULASAN