Super Mario Run Akan Hadir Ke Android – Tetapi Tiada Tarikh Buat Masa Ini

Super Mario Run Akan Hadir Ke Android – Tetapi Tiada Tarikh Buat Masa Ini

Diterbitkan pada Sep 8, 2016 oleh .

Nintendo telah membuat kejutan semalam dengan membuat pengumuman salah satu permainan popular untuk platform iOS, iaitu Super Mario Run. Permainan ini akan hadir ke iPhone dan iPad pada penghujung tahun 2016 ini.

Super Mario Run

Daripada apa yang dipertontonkan, Nintendo dilihat mengoptimasikan permainan ini untuk peranti mudah-alih, dan turut boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Ia menawarkan bentuk permainan popular Mario, tetapi turut mengintegrasikan ciri sosial yang membolehkan pemain bersaing antara satu sama lain.

Permainan ini diumumkan secara eksklusif untuk iPhone dan iPad – dan untuk pengguna peranti Android, anda perlu nantikan seketika sebelum ia hadir ke platform Android. Berkemungkinan besar, kita hanya akan melihatnya pada tahun hadapan sahaja pada platform Android.


TIPS & ULASAN