Cari @ Amanz

Pada bulan-bulan akan datang, sejumlah permainan dibawah genre sukan akan hadir ke PlayStation 4, termasuk antaranya adalah FIFA 17, Winning Eleven 17 dan juga NBA2K17. Bersempena dengannya, pihak Sony turut menyediakan promosi khusus untuk pemain PlayStation 4.

Melalui promosi yang diadakan daripada September ke November 2016 ini, pengguna yang mendapatkan konsol PlayStation 4 bersama-sama sebarang permainan tersebut akan mendapat jersi PlayStation eksklusif secara percuma.

Promosi ini ditawarkan di beberapa pengedar Sony terpilih sahaja, dan bagi anda yang meminati permainan genre sukan mungkin boleh menyemak penawaran ini sebelum membuat pembelian.

PlayStation 4 Jersi

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd